Friday, November 20, 2009

HARAP MAAF



p/s: Sebarang kesulitan amat dikesali

Thursday, November 5, 2009

Aku dan Kahwin

Dah bulan November, kurang dua bulan je lagi sebelum tahun 2010 menjengah. Sangat2 terasa cepat betol masa berjalan. Mcm baru setahun dua lepas org dok cite pasal alaf baru la millennium la padahal da hampir 10 tahun benda tu. Masih terasa diri ni belom cukup matang utk menempuh dunia dewasa ni. Bekerja, menyara keluarga, berkahwin, punya isteri dan anak2. Oh!

Seorang demi seorang rakan2 seperjuangan melangkah ke alam rumahtangga. Aku masih disini, begini. Walaupun usia menginjak, aku masih belum bersedia. Sangat banyak perkara perlu ak persiapkan sebelum benar2 bersedia utk berkahwin. InsyaAllah ada jodoh kawin la aku. (ayat klise..huhu)

Untuk Den & Anis, tahniah aku ucapkan, korang memang pasangan yg sgt2 sesuai bersama. Alhamdulillah kawin gak korg lepas 5 tahun.Fuh lama2 aku kapel 5 bulan pon x pnh sampai dulu..haha

Dan untuk kawan2 yang lain yang rasa2 diri dah ada pasangan tu cepat2 la yek kawin tu, nak tunggu ape lagi jangan nk bg alasan “belom sampai seru la”, aku akan balas degan selambe “kepala hotak ko” sbb Allah telah lama seru dalam Al-Quran supaya kawin.(antara ayatnya..)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

p/s: Ayat ni juga ditujukan kepada kawan2 aku yang dah berkahwin...ehem