Friday, November 20, 2009

HARAP MAAF



p/s: Sebarang kesulitan amat dikesali

Thursday, November 5, 2009

Aku dan Kahwin

Dah bulan November, kurang dua bulan je lagi sebelum tahun 2010 menjengah. Sangat2 terasa cepat betol masa berjalan. Mcm baru setahun dua lepas org dok cite pasal alaf baru la millennium la padahal da hampir 10 tahun benda tu. Masih terasa diri ni belom cukup matang utk menempuh dunia dewasa ni. Bekerja, menyara keluarga, berkahwin, punya isteri dan anak2. Oh!

Seorang demi seorang rakan2 seperjuangan melangkah ke alam rumahtangga. Aku masih disini, begini. Walaupun usia menginjak, aku masih belum bersedia. Sangat banyak perkara perlu ak persiapkan sebelum benar2 bersedia utk berkahwin. InsyaAllah ada jodoh kawin la aku. (ayat klise..huhu)

Untuk Den & Anis, tahniah aku ucapkan, korang memang pasangan yg sgt2 sesuai bersama. Alhamdulillah kawin gak korg lepas 5 tahun.Fuh lama2 aku kapel 5 bulan pon x pnh sampai dulu..haha

Dan untuk kawan2 yang lain yang rasa2 diri dah ada pasangan tu cepat2 la yek kawin tu, nak tunggu ape lagi jangan nk bg alasan “belom sampai seru la”, aku akan balas degan selambe “kepala hotak ko” sbb Allah telah lama seru dalam Al-Quran supaya kawin.(antara ayatnya..)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

p/s: Ayat ni juga ditujukan kepada kawan2 aku yang dah berkahwin...ehem

Tuesday, October 27, 2009

Aku Juga Suka PAPADOM

Sinopsis filem Papadom dr perspektif aku..

Mengisahkan tentang seorang usahawan nasi kandar yang bernama Saadom@Dom (Afdlin Shauki) yang begitu mengambil berat tentang anak kesayangannya Miasara (Liyana Jasmay) setelah kematian isterinya, Munira(Noorkhiriyah) akibat kemalangan jalanraya di hari penyampaian hadiah Mia. Sebelum kejadian, Dom seorang yang amat pentingkan kerjayanya sehingga tidak mempunyai masa utk anak dan isterinya. Di akhir hayat Mun telah berpesan pada Dom agar menjaga anaknya seperti dia menjaga kerjayanya. Sejak itu, Dom sentiasa memastikan Mia disisinya sehinggakan Mia berasa rimas diperlakukan begitu bila mencecah usia remaja.


Bagi memastikan bapanya tidak menggangu lg hidupnya, Mia memohon melanjutkan tawaran di IPTA di ibu kota dan mengugut bapanya agar mematuhi arahannya. Dom yang terlalu sayangkan anak tunggalnya itu memohon menjadi tukang kebun di IPTA tersebut walaupon berstatus jutawan perniagaan utk sentiasa memantau gerak geri anaknya. Dom telah dibantu oleh Wajib Tayang (Que Haidar) rakan sekelas Mia, yang menyimpan perasaan terhadap Mia. Tindakannya langsung tidak dihidu oleh Mia akan tetapi Shasha (Scha Al-Yahya) yang begitu cemburukan Mia kerana mengganggu bekas teman lelakinya Hisham Hashim(Farid Kamil), seorang pelakon terkenal yg masih menuntut di IPTA berkenaan telah merancang mengenakan Mia dengan menemukan Mia dan tukang kebun, di sebuah taman dan mereka cerita yang si tukang kebun dan Mia mempunyai hubungan haram.


Terungkailah rahsia Dom pabila bertemu Mia di taman berkenaan menyebabkan Mia terus pengsan, dan kejadian itu telah saksikan oleh Hisyam dan rakan2 yang telah bertindak memukul Dom kerana salah sangka. Kejadian menyebabkan Mia dihukum buang dr IPTA dan di akhir babak, Mia menayangkan assignment akhir , filem pendek garapannya berjudul PAPADOM mengisahkan kehidupan bapanya kesayangannya yang membuat seluruh dewan kuliah mengalirkan air mata. Dom merayu pada pihak universiti utk membenarkan Mia meneruskan pengajian kerana bakat yg dimiliki dan berjanji utk tidak mengganggu pengajian anaknya lagi. Filem ditamatkan degan babak di hutan rekreasi dimana Dom dan seorg lg bapa sepertinya memukul seekor gorilla yang berkeliaran di tapak kem itu tanpa pengetahuan Mia.


********************************


Hahaha..saje try test jd pengulas filem..amacam jadi x, boleh mtk keje Harian metro ak??..haha . Overall aku rasa filem ni mmg berbaloi baloi la tgk (yang mana ak g tgk sorg2..woot). Kisah kasih sayang bapa terhadap anaknya yang sgt mendalam sehingga sanggup bekorban diri. Mmg terharu, aku yang konon jantan pon hampir nk nangis tp menten sbb belah kiri n kanan aku de psgn kapel yg ak pon xtau tgk wyg ke buat wyg..hahaha.


Pada yang belom layan cite ni sila la pegi layan di panggung bdktan sblom habis tempoh wajib tayang (best gila watak Wajib Tayang)..ehh. Klo x sempat tunggu Hari Raya tahun depan kt Astro atau mungkin tayangan pd hari bapa tahun depan. Sekian.


P/s: Cite Law Abiding Citizen pon best gak!!


Tagline yg best "Bukan senang jd papa"

Friday, October 23, 2009

Di Atas Sejadah Cinta (versi mistik)

Kecoh seantero Malaysia bila mana media2 hatta TV3 suku juga melaporkan kejadian2 yang kunun2 mistik dan penuh misteri nusantara pabila Sejadah Berdiri. Kejadian pertama ddilaporkan Kosmo! pd pertengahan September berlaku di Kelantan di Kg Tok Sangkut, Repek. (Memang merepek!!!).

Kemudian 2 hari lepas sekali lagi berlaku di Kelantan ironiknya di surau kampong yang sama dengan peristiwa pertama di Repek (memang merepek!!!). Keesokannya, nah semua kampong nak masuk paper jugak, di Alor Star, di Bukit Mertajam (uhh..tempat aku) dan di Kelantan juga beberapa tempat lagi berlaku fenomena yang kunun2 mistik ini..oh!!

Tolonglah wahai pengamal media sekalian, jgn la di gembar gembur sgt kejadian2 khurafat mcm ni yg kalo silap hari boleh jatuh syirik org2 yg percaya buta2 bnda cmni. Sedikit info mengenai Khurafat dr JAKIM.


DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:

(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta (al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.


Kesimpulannya:

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


CIRI-CIRI KHURAFAT

Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.

Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah:

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد


Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


ولا
تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين


Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu.(Yunus:106)


p/s: Usah biarkan hidup anda diselebungi...misteri...




Sejadah aku pon boleh diri oi!!

Friday, October 16, 2009

Di Puncak Menara Itu

Prolog..

Tanggal 24 May 2003, di bwh terik mentari selepas solat Zohor, bersama ayah bonda aku melangkah kaki ke suatu alam baru, dengan penuh harapan dengan penuh impian untuk menggenggam segulung ijazah. Langkah baru itu bermula di Pusat Matrikulasi (kini Pusat Asasi) Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Macam2 perkara bermain di kepala,macam mana aku nk survive? Boleh ke aku berjaya? Siapa kawan2 aku nanti?

Bab Pertama..

Selesai sesi pendaftaran berhampiran Umar Al-Khattab College (UKC) aku ditempatkan di Abu Bakar College (ABC) di bilik bernombor 108 bersama lebih kurang 14 rakan baru yang lain (aku, judin, samsul,padil,leman,amir,rizal,asrol,edun,ghazali,ayie,penang,badrock,shahril..wah aku ingat lg semuanya), kesemuanya turut mengambil kos kejuruteraan. Terlalu banyak kenangan di matrik yg kalau aku nk cerita bole dijilid jd buku, kelas di SMAWP,overnite panjat pagar blkg ABC, makwan, geng2 bilik sebelah,uptown bangsar, kedai paklang SS2, tong sampah sunway pyramid, signboard jalan university dan banyak lg pkara oh!!! Alhamdulillah perjalanan aku di matrikulasi berakhir pada waktunya selepas 5 semester, nxt stop, Gombak.

Bab Kedua..

Hari itu selasa 19 April 2005, mulalah perjalan hidup di Taman Ilmu dan budi, aku ditempatkan di Mahallah Ali dan duduk sebilik dgn padil,paan dan hanep yang kesemuanya bdk2 KAED (padil ex-rumet ak di matrik menukar pengajian dlm bidang yg diminatinya). Rupanya di kampus utama cabarannya lebih besar, semuanya di atas kaki sndiri, malah satu per satu kawan2 aku gugur eh bkn x sempat menamatkan pengajian gara2 tak melepasi tahap minima keputusan. Tp Alhamdulillah berkat usaha aku berjaya buat org tua aku senyum tiap2 semester dgn result yg aku perolehi.

Kenangan..hmmm 4 tahun di Gombak xkn aku lupakan tiap saat ms berlalu, terutamanya bersama kawan2. Percintaan?? Hmmm perlu ke aku ulas?? Biarla mereka bahagia dgn kehidupan masing , aku masih sendiri. Kawan2 taaruf, nuu,k.sha,k.syita,k.aida n others best sgt lepak ngn korg (br 2 hr lps lepak lg ..great day guys), geng2 blok A, kider,wanjb,wankb,shah,pijan tokmoh n of coz wan khairul fazli yang bnyk tlg aku bg telinga ko kt aku smp mati aku ingat jasa ko. Membe2 engin block B siddiq korg mmg best last but not least bdk2 engin sekalian (u know who ure) aku xkn lupakan korg sume.

Bab Seterusnya..

Selepas 4 thn berhempas pulas (copy assignment, tiru kuiz…lalalala), berjaya juga aku menamatkan pengajian aku dalam Bachelor of Communication Engineering dgn kptsn yang agak boleh dibanggakan. Terus diterima bekerja di Telekom Malaysia (rujuk entry lepas) dan 3 bulan kemudian hari yg dinanti majlis konnvokasi aku pada 11/10/09 yakni pd ahad yg lepas. Aku anak pertama dlm keluarga yg berpeluang membawa keluarga ke majlis seumpamanya (abg ak blaja kt jepun xde konvo2 ni wlpon dia lg hebat dr aku..adeh). Kali terakhir semuanya berkumpul bersama di abadi dalam gamba2 (rujuk facebook). Bila lg la nk bjumpe agaknye semua dgn hidup masing lepas ni bertebaran di bumi Malaysia ini.oh!!

Bab Tambahan..

Seperti yang telah aku tulis dlm entry lepas, aku akan kembali semula ke UIA utk terbang melepasi puncak menara itu. Telah tersurat yang pengajian aku tidak terhenti setakat ijazah pertama. Alhamdulillah atas rezeki yg diberi. UIA I’M COMING BACK SOON!!!!!!!!!


p/s: Gamba sila rujuk facebook...


up up n away (mau terbang melepasi menara itu)

Monday, October 12, 2009

Tanam Anggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur

Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia

(***)
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
(ulang ***)

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
(ulang ***)


Tepat jam 5 ptg jumaat 9/10/09 aku melangkah keluar dari bangunan TMnet Cyberjaya sambil bibir bersiul2 lagu Allahyarham Sudirman yg x kurg popularnya masa zaman kehebatan arwah. Aku jd bdk uia ptama HSBB batch 9 yg blah meninggalkan TM setelah kurang lebih 3 bulan melapor diri. Mulanya plan nk keje ngn TM ni lbh kurg sthun nk cr pengalaman katanye, tapi lepas diberi penempatan kerja dan aku ditempatkan kat networking area, adeh perasaan x bleh blah trus dtg. Sejak blaja ak mntk simpang dpt kompeni2 ntwrking2 ni main2 ngn router dan aku lsg x anta resume ke kompeni2 yg asasnye ntwrking last2 kne gak kt TM, mmg la mcm org slalu kata “kita akan slalu dpt bnda yg kita x suka” (aku x suka bini cantik -monolog spontan ketika menulis baris ini..errr??)

Dengan kebosanan xde keje kt opis lbh kurg 2 bulan lamanya aku mencongok je dok kt meja menghadap intenet ari2 tetiba aku dpt satu sms berantai mengatakan UIA ngn MIMOS offer scholarship utk Master program dgn elaun yg agak menarik perhatian aku lantas tanpa membuang masa aku pon meng’apply dan Alhamdulillah rezeki Allah aku diterima bersama2 beberapa org kwn yg lain. Lepas istikharah (yang mana aku mimpi dok dlm dewan kuliyah-Subhanallah!) aku mengambil keputusan menghantar notis berhenti berakhir pada 10/10/09, sengaja aku pilih tarikh ni sbb ak nk konvo sbg penganggur haha. Entry psl konvo akan menyusul kemudian.

Ape pon skang aku akan bercuti lama sebelom stat pengajian dlm awal bulan doblas, kepada kawan2 yang masih bekerja dkt TM selamat maju jaya diucapkan, keje elok2 klo rs x ble blah sila ikot langkah aku haha. Utk Pojie n Amrul rakan satu opis ngn aku diharap korg x merindui kehilangan aku, jgn x turun solat kt surau banglo dah klo xde aku nk ajak. Aku nk blk kg tanam pisang tolong org tua aku, callo bette.

Azizul Amri Ahmad Salleh, C1363E, Assistant Manager Network Global, IPNOC, TM signing off.


Bangunan TMnet Cyberjaya


Di dalam Opishku (pojie di disitu)


Workstation@cybercafe aku

Wednesday, October 7, 2009

Hikayat Air Hikmat (tribute to Kartika)

Maka telah disabitkan si wanita peminum arak itu dan dihukum sebat 6 kali oleh mahkamah syariah tapi hukumannya x berapa nk ikut syariat Islam . Nah, kecohlah seantero buana bila kali pertama kaum Hawa di negara darul-ISA dikenakan hukuman sebat. Terbayang dalam benak kepala yang cetek ugama akan video2 sebatan penjara yang mana pesalah dibugil dan bontot2 mereka dihidang dgn rotan yg kurang lebih panjang nya sama dgn ketinggian mereka. PIAPP!!! Darah mengalir…

Datang berbondong2 kumpulan pembela wanita malah ada yang menggunakan Islam dalam nama mereka, dgn bodoh sombong dan angkuh mencabar keputusan mahkamah yg kononnya mengamalkan syariah Islam itu. Tak kurang juga mamanda2 menteri sibuk memberi ulasan mengenai hukuman berkenaan sedangkan seluruh alam tahu mempersoalkan hukuman dikira menghina mahkamah dan boleh didakwa. Ohh, lupa pula yang merakalah mahkamah.

Hairannya, si wanita peminum arak itu pula redha dgn hukuman bahkan dengan sendiri melantik peguam untuk memastikan hukuman dijalankan dgn betul. Mungkin sudah bertaubat nasuha. Alhamdulillah. Tapi kumpulan yang konon pembela wanita pula x habis2 menyalak bagai bontot mereka yang panas tatkala rotan singgah di kulit si wanita peminum arak. Agaknya takut tiba giliran mereka pula nanti bila ditangkap dgn gelas diisi air nikmat dunia itu. Yaa, mari kita lihat siapa yang kena!!!

-Intermission-

klik sini

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)


p/s: Ditulis selepas membaca keratan akhbar mahasiswa UM menubuhkan "Kelab Sahabat Kartika"


Tuesday, October 6, 2009

Untuk Orang Muda

Terpanggil aku utk mula blog aku dgn sdikit kerja dakwah, dgn tujuan utama mengingatkan diri aku sndri yg hina dan penuh dosa ni, oh!

Korg pnh x g KLCC, lps tu try dok lepak kt taman tp kolam pancut tu tgk gelagat anak2 muda dlm kata lain remaja yg umo lbh kurg aku dan korg, mcm2 gaya ada, yg rempitnye, yang gothicnye, yang hiphopnye, yang pompuan lak pakai..adoiiii buat laki lemah iman cm aku ni x kelip mata tgk, oh!

Belom lg msuk cite psl pergaulan bebas, buat projek x kira tempat, ada yg boleh rakam tunjuk kt kawan2 bangga, dpt anak tau plak nk cari masjid ltk,oh!

Dah2, xyah la aku nk cerita panjang kt sini, korg pon sniri tau mcm mne keadaan org2 muda zaman skang, maka aku nk nasihatkan diri aku dan korg2 sume..


1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.


3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

Monday, October 5, 2009

Titisan Dakwat Pertama



ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - (al-Qalam 68:1)


Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yg menjadikan langit dan bumi, manusia dan seisi makhluk juga pena serta buku yakni Al-Quran utk sekalian hambaNya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan post pertama aku ni bermulalah era blogging aku, insyaAllah blog aku akan memaparkan perkara2 yg b'main dalam kepala aku, x kira la kisah peribadi aku ke, politik malaysia, selitan nota2 ugama, kisah2 kawan2 aku ke ape ke.. janji MCMC x block aku pnya blog sudah....

Salam 1Malaysia..huahaha

~Assalamualaikum~