Wednesday, October 7, 2009

Hikayat Air Hikmat (tribute to Kartika)

Maka telah disabitkan si wanita peminum arak itu dan dihukum sebat 6 kali oleh mahkamah syariah tapi hukumannya x berapa nk ikut syariat Islam . Nah, kecohlah seantero buana bila kali pertama kaum Hawa di negara darul-ISA dikenakan hukuman sebat. Terbayang dalam benak kepala yang cetek ugama akan video2 sebatan penjara yang mana pesalah dibugil dan bontot2 mereka dihidang dgn rotan yg kurang lebih panjang nya sama dgn ketinggian mereka. PIAPP!!! Darah mengalir…

Datang berbondong2 kumpulan pembela wanita malah ada yang menggunakan Islam dalam nama mereka, dgn bodoh sombong dan angkuh mencabar keputusan mahkamah yg kononnya mengamalkan syariah Islam itu. Tak kurang juga mamanda2 menteri sibuk memberi ulasan mengenai hukuman berkenaan sedangkan seluruh alam tahu mempersoalkan hukuman dikira menghina mahkamah dan boleh didakwa. Ohh, lupa pula yang merakalah mahkamah.

Hairannya, si wanita peminum arak itu pula redha dgn hukuman bahkan dengan sendiri melantik peguam untuk memastikan hukuman dijalankan dgn betul. Mungkin sudah bertaubat nasuha. Alhamdulillah. Tapi kumpulan yang konon pembela wanita pula x habis2 menyalak bagai bontot mereka yang panas tatkala rotan singgah di kulit si wanita peminum arak. Agaknya takut tiba giliran mereka pula nanti bila ditangkap dgn gelas diisi air nikmat dunia itu. Yaa, mari kita lihat siapa yang kena!!!

-Intermission-

klik sini

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)


p/s: Ditulis selepas membaca keratan akhbar mahasiswa UM menubuhkan "Kelab Sahabat Kartika"


No comments:

Post a Comment