Friday, October 16, 2009

Di Puncak Menara Itu

Prolog..

Tanggal 24 May 2003, di bwh terik mentari selepas solat Zohor, bersama ayah bonda aku melangkah kaki ke suatu alam baru, dengan penuh harapan dengan penuh impian untuk menggenggam segulung ijazah. Langkah baru itu bermula di Pusat Matrikulasi (kini Pusat Asasi) Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Macam2 perkara bermain di kepala,macam mana aku nk survive? Boleh ke aku berjaya? Siapa kawan2 aku nanti?

Bab Pertama..

Selesai sesi pendaftaran berhampiran Umar Al-Khattab College (UKC) aku ditempatkan di Abu Bakar College (ABC) di bilik bernombor 108 bersama lebih kurang 14 rakan baru yang lain (aku, judin, samsul,padil,leman,amir,rizal,asrol,edun,ghazali,ayie,penang,badrock,shahril..wah aku ingat lg semuanya), kesemuanya turut mengambil kos kejuruteraan. Terlalu banyak kenangan di matrik yg kalau aku nk cerita bole dijilid jd buku, kelas di SMAWP,overnite panjat pagar blkg ABC, makwan, geng2 bilik sebelah,uptown bangsar, kedai paklang SS2, tong sampah sunway pyramid, signboard jalan university dan banyak lg pkara oh!!! Alhamdulillah perjalanan aku di matrikulasi berakhir pada waktunya selepas 5 semester, nxt stop, Gombak.

Bab Kedua..

Hari itu selasa 19 April 2005, mulalah perjalan hidup di Taman Ilmu dan budi, aku ditempatkan di Mahallah Ali dan duduk sebilik dgn padil,paan dan hanep yang kesemuanya bdk2 KAED (padil ex-rumet ak di matrik menukar pengajian dlm bidang yg diminatinya). Rupanya di kampus utama cabarannya lebih besar, semuanya di atas kaki sndiri, malah satu per satu kawan2 aku gugur eh bkn x sempat menamatkan pengajian gara2 tak melepasi tahap minima keputusan. Tp Alhamdulillah berkat usaha aku berjaya buat org tua aku senyum tiap2 semester dgn result yg aku perolehi.

Kenangan..hmmm 4 tahun di Gombak xkn aku lupakan tiap saat ms berlalu, terutamanya bersama kawan2. Percintaan?? Hmmm perlu ke aku ulas?? Biarla mereka bahagia dgn kehidupan masing , aku masih sendiri. Kawan2 taaruf, nuu,k.sha,k.syita,k.aida n others best sgt lepak ngn korg (br 2 hr lps lepak lg ..great day guys), geng2 blok A, kider,wanjb,wankb,shah,pijan tokmoh n of coz wan khairul fazli yang bnyk tlg aku bg telinga ko kt aku smp mati aku ingat jasa ko. Membe2 engin block B siddiq korg mmg best last but not least bdk2 engin sekalian (u know who ure) aku xkn lupakan korg sume.

Bab Seterusnya..

Selepas 4 thn berhempas pulas (copy assignment, tiru kuiz…lalalala), berjaya juga aku menamatkan pengajian aku dalam Bachelor of Communication Engineering dgn kptsn yang agak boleh dibanggakan. Terus diterima bekerja di Telekom Malaysia (rujuk entry lepas) dan 3 bulan kemudian hari yg dinanti majlis konnvokasi aku pada 11/10/09 yakni pd ahad yg lepas. Aku anak pertama dlm keluarga yg berpeluang membawa keluarga ke majlis seumpamanya (abg ak blaja kt jepun xde konvo2 ni wlpon dia lg hebat dr aku..adeh). Kali terakhir semuanya berkumpul bersama di abadi dalam gamba2 (rujuk facebook). Bila lg la nk bjumpe agaknye semua dgn hidup masing lepas ni bertebaran di bumi Malaysia ini.oh!!

Bab Tambahan..

Seperti yang telah aku tulis dlm entry lepas, aku akan kembali semula ke UIA utk terbang melepasi puncak menara itu. Telah tersurat yang pengajian aku tidak terhenti setakat ijazah pertama. Alhamdulillah atas rezeki yg diberi. UIA I’M COMING BACK SOON!!!!!!!!!


p/s: Gamba sila rujuk facebook...


up up n away (mau terbang melepasi menara itu)

1 comment: