Friday, June 17, 2011

Marah ke??


Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Tuesday, June 14, 2011

Siapa Aku?

Hampir 2 tahun aku tinggalkan blog ni. Macam2 benda dah jd kat aku spnjang hampir 2 tahun ni. Dalam post aku Tanam Anggur aku ceritakan yang aku akan sambung belajar lebih tinggi sambung ke peringkat master. Semuanya serba tak menjadi. Benar bagai dikata "Manusia hanya mampu merancang tp Allah yang menentukan jalan". Disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa menamatkan pengajian setelah menyambung 1 semester pengajian Master.

Akau bertekad kembali ke alam pekerjaan. Walaupun pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional, aku x nak menoleh blkg lagi, biar aku mula kembali dr bawah. Alhamdulillah belom sempat aku menganggur aku dapat offer keje di RnA Telecommunication, smart partner utk syarikat Maxis tletak di Shah Alam. Secara rasminya aku menjawat jawatan RF engineer, bidang yang sangat menarik compare dgn jobscope ms aku keje TM dlu. Kerjaya yang agak mencabar, hari2 di dalam kereta. Ya. kereta lah pejabat aku. Di company ni aku dpt sorg kawan yang sgt2 best. Kawan rapat dr bangsa India pertama utk aku. Ye la dlu skolah agama cmne lak nk dpt membe India msuk plak UIA...huhu oh nama beliau S. Prasaad adik ipar CEO kompeni aku tpi seorang kuli gak cm aku..hahaha. Walaupon beliau sgt2 gila terutamanya bila hari isnin mata merah sbb malam sblomnya beronggeng smp ke pagi, tp dia la pendengar setia masalah2 aku. Thanks bro!! Ko mmg best!!

X sampai stgh tahun aku mencuba ke company lain pulak. Yela kata org dok dlm swasta ni nak cpt naik kne jump2 company x? Alhamdulillah dpt pulak masuk Propel Network di Kota Kemuning. Jobscope yang sama juga dengan company lama aku cuma teknologinya saja yang berbeza. Kalau tgk iklan YES yang senyum2 kambing tu..ya itula lapangan kerja aku. Dgn syarikat ni jugak aku dibasedkan di utara dan Alhamdulillah sbb aku dpt dok rumah dgn family lepas keluar bermusafir sejak umur 13 tahun!!

Punya la best keje aku yang ni sampai aku rs malaysia ni cm kecik jek. Pagi kat penang tgh hari kangar petang alor star malam penang balik. Esoknya gi KL petang di taiping malam di penang. Mcm tu la hari2. Menarik mmg menarik tp bila dipikirkan klo kje cmni cmne la nk ada family klo asyik x lekat umah jek. Sampai la 1 hari bila aku blk keje tetiba bpk aku ckp de surat pggl temuduga jawatan Pensyarah Politeknik. Ingat punya ingat pehh...aku apply lepas grad dulu setahun lebih bru dipanggil. Mungkin rezeki aku pon pegi jela intebiunya, tanpa harapan menggunung.

Alhamdullilah sebulan selepas interview aku dpt surat tawaran jawatan tu, and guess what posting nya nun POLITEKNIK KOTA KINABALU. Tp disebabkan aku pon pnh dok KK ms kecik2 dulu best jugak dok Sabah balik. Maka disilah aku sekarang. Dan jawapan kepada Soalan aku di atas.......... aku kini SEORANG PENSYARAH....(bia betik!!!)

pasal cinta??? next!!!!!!!!!!!!!

p/s: err...am I Mr. Lecturer??



Monday, June 13, 2011

Pena Kembali Bermaya..

Aku ingat blog aku ni akan jd sampah je kt dunia maya ni lepas aku stop blogging lebih kurang 2 tahun lepas. Tp sebabkan post terakhir aku stop tu aku andaikan sebagai "TERGENDALA" maka azam aku 1 fine day (which is today) aku akan kembali menulis dalam diari awam aku ni. InsyaAllah dakwat pena maya aku takkan kering :)

Kenapa aku kembali menulis??

Hmm..mungkin kerana perasan sibuk, aku decide utk stop menulis, maka setelah diberi kelapangan oleh Allah kini aku kembali utk menulis apa saja yg aku suka. InsyaAllah blog ini akan hidup kembali selagi tuannya masih bernafas.

Assalamualaikum..


In The Name of Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Maka saya penyimpan mohor besar raja2 mengisytiharkan penamaya kembali berdakwat..insyaAllah

Thursday, March 31, 2011

COUNTDOWN TO RE-OPENING

Setelah terlalu amat lama aku menyepi dr dunia blogging, aku akan kembali...nantikan....



(perasan hebat dan penting padahal spe je bce blog aku...hahaha)

Friday, November 20, 2009

HARAP MAAF



p/s: Sebarang kesulitan amat dikesali

Thursday, November 5, 2009

Aku dan Kahwin

Dah bulan November, kurang dua bulan je lagi sebelum tahun 2010 menjengah. Sangat2 terasa cepat betol masa berjalan. Mcm baru setahun dua lepas org dok cite pasal alaf baru la millennium la padahal da hampir 10 tahun benda tu. Masih terasa diri ni belom cukup matang utk menempuh dunia dewasa ni. Bekerja, menyara keluarga, berkahwin, punya isteri dan anak2. Oh!

Seorang demi seorang rakan2 seperjuangan melangkah ke alam rumahtangga. Aku masih disini, begini. Walaupun usia menginjak, aku masih belum bersedia. Sangat banyak perkara perlu ak persiapkan sebelum benar2 bersedia utk berkahwin. InsyaAllah ada jodoh kawin la aku. (ayat klise..huhu)

Untuk Den & Anis, tahniah aku ucapkan, korang memang pasangan yg sgt2 sesuai bersama. Alhamdulillah kawin gak korg lepas 5 tahun.Fuh lama2 aku kapel 5 bulan pon x pnh sampai dulu..haha

Dan untuk kawan2 yang lain yang rasa2 diri dah ada pasangan tu cepat2 la yek kawin tu, nak tunggu ape lagi jangan nk bg alasan “belom sampai seru la”, aku akan balas degan selambe “kepala hotak ko” sbb Allah telah lama seru dalam Al-Quran supaya kawin.(antara ayatnya..)


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

p/s: Ayat ni juga ditujukan kepada kawan2 aku yang dah berkahwin...ehem