Tuesday, June 14, 2011

Siapa Aku?

Hampir 2 tahun aku tinggalkan blog ni. Macam2 benda dah jd kat aku spnjang hampir 2 tahun ni. Dalam post aku Tanam Anggur aku ceritakan yang aku akan sambung belajar lebih tinggi sambung ke peringkat master. Semuanya serba tak menjadi. Benar bagai dikata "Manusia hanya mampu merancang tp Allah yang menentukan jalan". Disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa menamatkan pengajian setelah menyambung 1 semester pengajian Master.

Akau bertekad kembali ke alam pekerjaan. Walaupun pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional, aku x nak menoleh blkg lagi, biar aku mula kembali dr bawah. Alhamdulillah belom sempat aku menganggur aku dapat offer keje di RnA Telecommunication, smart partner utk syarikat Maxis tletak di Shah Alam. Secara rasminya aku menjawat jawatan RF engineer, bidang yang sangat menarik compare dgn jobscope ms aku keje TM dlu. Kerjaya yang agak mencabar, hari2 di dalam kereta. Ya. kereta lah pejabat aku. Di company ni aku dpt sorg kawan yang sgt2 best. Kawan rapat dr bangsa India pertama utk aku. Ye la dlu skolah agama cmne lak nk dpt membe India msuk plak UIA...huhu oh nama beliau S. Prasaad adik ipar CEO kompeni aku tpi seorang kuli gak cm aku..hahaha. Walaupon beliau sgt2 gila terutamanya bila hari isnin mata merah sbb malam sblomnya beronggeng smp ke pagi, tp dia la pendengar setia masalah2 aku. Thanks bro!! Ko mmg best!!

X sampai stgh tahun aku mencuba ke company lain pulak. Yela kata org dok dlm swasta ni nak cpt naik kne jump2 company x? Alhamdulillah dpt pulak masuk Propel Network di Kota Kemuning. Jobscope yang sama juga dengan company lama aku cuma teknologinya saja yang berbeza. Kalau tgk iklan YES yang senyum2 kambing tu..ya itula lapangan kerja aku. Dgn syarikat ni jugak aku dibasedkan di utara dan Alhamdulillah sbb aku dpt dok rumah dgn family lepas keluar bermusafir sejak umur 13 tahun!!

Punya la best keje aku yang ni sampai aku rs malaysia ni cm kecik jek. Pagi kat penang tgh hari kangar petang alor star malam penang balik. Esoknya gi KL petang di taiping malam di penang. Mcm tu la hari2. Menarik mmg menarik tp bila dipikirkan klo kje cmni cmne la nk ada family klo asyik x lekat umah jek. Sampai la 1 hari bila aku blk keje tetiba bpk aku ckp de surat pggl temuduga jawatan Pensyarah Politeknik. Ingat punya ingat pehh...aku apply lepas grad dulu setahun lebih bru dipanggil. Mungkin rezeki aku pon pegi jela intebiunya, tanpa harapan menggunung.

Alhamdullilah sebulan selepas interview aku dpt surat tawaran jawatan tu, and guess what posting nya nun POLITEKNIK KOTA KINABALU. Tp disebabkan aku pon pnh dok KK ms kecik2 dulu best jugak dok Sabah balik. Maka disilah aku sekarang. Dan jawapan kepada Soalan aku di atas.......... aku kini SEORANG PENSYARAH....(bia betik!!!)

pasal cinta??? next!!!!!!!!!!!!!

p/s: err...am I Mr. Lecturer??



4 comments:

  1. hye sirrrr!!!! =p

    ReplyDelete
  2. ernimerni-ape yang kantoinya??? huhu

    asma'- ye selamat petang anak2..hahaha

    ReplyDelete
  3. sila sambung blog ni. tgs pnsyrah x bz mna pon... =p

    ReplyDelete