Tuesday, October 6, 2009

Untuk Orang Muda

Terpanggil aku utk mula blog aku dgn sdikit kerja dakwah, dgn tujuan utama mengingatkan diri aku sndri yg hina dan penuh dosa ni, oh!

Korg pnh x g KLCC, lps tu try dok lepak kt taman tp kolam pancut tu tgk gelagat anak2 muda dlm kata lain remaja yg umo lbh kurg aku dan korg, mcm2 gaya ada, yg rempitnye, yang gothicnye, yang hiphopnye, yang pompuan lak pakai..adoiiii buat laki lemah iman cm aku ni x kelip mata tgk, oh!

Belom lg msuk cite psl pergaulan bebas, buat projek x kira tempat, ada yg boleh rakam tunjuk kt kawan2 bangga, dpt anak tau plak nk cari masjid ltk,oh!

Dah2, xyah la aku nk cerita panjang kt sini, korg pon sniri tau mcm mne keadaan org2 muda zaman skang, maka aku nk nasihatkan diri aku dan korg2 sume..


1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.


3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment