Friday, October 23, 2009

Di Atas Sejadah Cinta (versi mistik)

Kecoh seantero Malaysia bila mana media2 hatta TV3 suku juga melaporkan kejadian2 yang kunun2 mistik dan penuh misteri nusantara pabila Sejadah Berdiri. Kejadian pertama ddilaporkan Kosmo! pd pertengahan September berlaku di Kelantan di Kg Tok Sangkut, Repek. (Memang merepek!!!).

Kemudian 2 hari lepas sekali lagi berlaku di Kelantan ironiknya di surau kampong yang sama dengan peristiwa pertama di Repek (memang merepek!!!). Keesokannya, nah semua kampong nak masuk paper jugak, di Alor Star, di Bukit Mertajam (uhh..tempat aku) dan di Kelantan juga beberapa tempat lagi berlaku fenomena yang kunun2 mistik ini..oh!!

Tolonglah wahai pengamal media sekalian, jgn la di gembar gembur sgt kejadian2 khurafat mcm ni yg kalo silap hari boleh jatuh syirik org2 yg percaya buta2 bnda cmni. Sedikit info mengenai Khurafat dr JAKIM.


DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:

(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta (al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.


Kesimpulannya:

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


CIRI-CIRI KHURAFAT

Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.

Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah:

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد


Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


ولا
تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين


Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu.(Yunus:106)


p/s: Usah biarkan hidup anda diselebungi...misteri...




Sejadah aku pon boleh diri oi!!

2 comments:

  1. Ustaz Zaharuddin ckp dier boleh buat sejadah tu lagi tinggi boleh baca kat cni http://www.zaharuddin.net/content/view/883/72/

    ReplyDelete
  2. weh..pergi la tarbiah sket org2 kg Repek tu weh..dkt x dgn kg ko?? haha sje je x nk wt tinggi2 nnt riak plak..hehe

    ReplyDelete