Tuesday, October 27, 2009

Aku Juga Suka PAPADOM

Sinopsis filem Papadom dr perspektif aku..

Mengisahkan tentang seorang usahawan nasi kandar yang bernama Saadom@Dom (Afdlin Shauki) yang begitu mengambil berat tentang anak kesayangannya Miasara (Liyana Jasmay) setelah kematian isterinya, Munira(Noorkhiriyah) akibat kemalangan jalanraya di hari penyampaian hadiah Mia. Sebelum kejadian, Dom seorang yang amat pentingkan kerjayanya sehingga tidak mempunyai masa utk anak dan isterinya. Di akhir hayat Mun telah berpesan pada Dom agar menjaga anaknya seperti dia menjaga kerjayanya. Sejak itu, Dom sentiasa memastikan Mia disisinya sehinggakan Mia berasa rimas diperlakukan begitu bila mencecah usia remaja.


Bagi memastikan bapanya tidak menggangu lg hidupnya, Mia memohon melanjutkan tawaran di IPTA di ibu kota dan mengugut bapanya agar mematuhi arahannya. Dom yang terlalu sayangkan anak tunggalnya itu memohon menjadi tukang kebun di IPTA tersebut walaupon berstatus jutawan perniagaan utk sentiasa memantau gerak geri anaknya. Dom telah dibantu oleh Wajib Tayang (Que Haidar) rakan sekelas Mia, yang menyimpan perasaan terhadap Mia. Tindakannya langsung tidak dihidu oleh Mia akan tetapi Shasha (Scha Al-Yahya) yang begitu cemburukan Mia kerana mengganggu bekas teman lelakinya Hisham Hashim(Farid Kamil), seorang pelakon terkenal yg masih menuntut di IPTA berkenaan telah merancang mengenakan Mia dengan menemukan Mia dan tukang kebun, di sebuah taman dan mereka cerita yang si tukang kebun dan Mia mempunyai hubungan haram.


Terungkailah rahsia Dom pabila bertemu Mia di taman berkenaan menyebabkan Mia terus pengsan, dan kejadian itu telah saksikan oleh Hisyam dan rakan2 yang telah bertindak memukul Dom kerana salah sangka. Kejadian menyebabkan Mia dihukum buang dr IPTA dan di akhir babak, Mia menayangkan assignment akhir , filem pendek garapannya berjudul PAPADOM mengisahkan kehidupan bapanya kesayangannya yang membuat seluruh dewan kuliah mengalirkan air mata. Dom merayu pada pihak universiti utk membenarkan Mia meneruskan pengajian kerana bakat yg dimiliki dan berjanji utk tidak mengganggu pengajian anaknya lagi. Filem ditamatkan degan babak di hutan rekreasi dimana Dom dan seorg lg bapa sepertinya memukul seekor gorilla yang berkeliaran di tapak kem itu tanpa pengetahuan Mia.


********************************


Hahaha..saje try test jd pengulas filem..amacam jadi x, boleh mtk keje Harian metro ak??..haha . Overall aku rasa filem ni mmg berbaloi baloi la tgk (yang mana ak g tgk sorg2..woot). Kisah kasih sayang bapa terhadap anaknya yang sgt mendalam sehingga sanggup bekorban diri. Mmg terharu, aku yang konon jantan pon hampir nk nangis tp menten sbb belah kiri n kanan aku de psgn kapel yg ak pon xtau tgk wyg ke buat wyg..hahaha.


Pada yang belom layan cite ni sila la pegi layan di panggung bdktan sblom habis tempoh wajib tayang (best gila watak Wajib Tayang)..ehh. Klo x sempat tunggu Hari Raya tahun depan kt Astro atau mungkin tayangan pd hari bapa tahun depan. Sekian.


P/s: Cite Law Abiding Citizen pon best gak!!


Tagline yg best "Bukan senang jd papa"

1 comment: